Sunday, 29 May 2011

KEJAHATAN SYAITAN

Fiman Allah SWT dalam surah An-Nas ayat 1-6 bermaksud;

     "katakanlah wahai Muhammad: Aku berlindung keapada Allah pemelihara sekelian manusia,(1) yang menguasai sekelian manusia(2) tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia (3) dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tengggelam (4) yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia(5) iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia(6)

     Demikianlah surah An-nas, surah yang diperintahkan Allah dan Rasulnya kepada kita untuk berta'awuz dengannya daripada kejahatan syaitan yang terkutuk dan kita juga diperintahkan untuk mengajarkannya kepada keluarga dan anak-anak kita kerana surah ini juga mengandungi barakah dan ubat.

     Rasulallah SAW sentiasa membaca surah ini sebelum tidur, yang mana setelah beliau membacanya kemudian dihembus pada tapak tangannya dan di sapu ke muka, kepala dan badan beliau.

     Telah sabit menurut satu riwayat, bahawa rasulallah selalu mengubati Hassan dan Hussain dengan Al-ma'uzatain iaitu (surah An-Nas dan Al- Falak) setiap malam dan kemudian mendoakan keberkatan keatas  mereka berdua.

     Ayat-ayat yang terdapat dalam surah An-Nas mengandungi maksud isti'azah (mohon pelindungan)dan doa kepada Allah, tuhan alam semesta kerana hanya Allah SWT yang menguasai sekelian manusia, ditangannya ditetapkan sekelian perkara dan baginya sekelian urusan dari mula hinggga akhir, Allah adalah pencipta manusia satu-satunya dan sekelian manusia wajib bertawakal dan bersandar kepadanya.

    Dalam surah ini Allah telah mengambarkann tentang kejahatan syaitan, bahawa dia adalah pembisik dan penghasut dan manusia harus berta'awuz kepada Allah kerana syaitan menghasut dan membisikkan kejahatan kedalam hati-hati manusia , disamping itu syaitan juga menyalakan kemarahan dan membangkitkan cinta syahwat dihati manusia.

     Rasulallah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mengalir disetiap aliran darah manusia dan syaitan tersebut  akan semakin menyempitkan pembuluh darah melalui rasa lapar. oleh itu hendaklah kita berwaspada dan memperbanyakkan membaca surah An-Nas ini agar kita mendapat keberkatan dan kesembuhan."  

No comments:

Post a Comment