Sunday, 29 May 2011

Al-Quran Anugerah Allah Yang Terbesar

 Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57-58 yang bermaksud:
Wahai!  umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beiman . Katakanlah wahai Muhammad kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpahkurnia Allah dan kasih sayangNya maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara ya ng tidak kekal.

Kitab dalam ayat ini adalah untuk sekalian manusia kerana seruan tauhid tidak hanya ditujukan kepada sekelompok manusia atau kepada satu kaum tertentu, akan tetapi dakwah tauhid adalah untuk sekelian manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud:  "Dan tiadalah Kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran ) kepada orang-orang yang ingkar".

     Allah mengkhabarkan kepada sekelian manusia untuk bergembira dan berbahagia kerana Allah mengakhiri risalah kenabian dengan Islam dan menutup Nabi-Nabi dengan Nabi Muhammad SAW. Risalah Islam adalah  kitab yang terkandung di dalamnya segala kebaikan untuk manusia, iaitu yang menerangkan tentang akidah, syariat, ibadah, muamalah dzn akhlak. Al-Quran adalah petunjuk, cahaya dan penerang yang melapangkan hati dan fikiran.

       Rasulullah SAW bersabda:

       Barang siapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan Al-Quran dan sesiapa yang menginginkan ahkirat hendaklah denganm Al-Quran dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah denga Al-Quran.

      Sesungguhnya sesiapa yang ingin dipandang dan mendapatkan pengajaran, semuanya ada di dala Al-Quran kerana Al_Quran adalah Ay-Syifak (ubat) bagi manusia.

      Dengan Al-Quran , jiwa yang sesat dapat diluruskan, orang yang hatinya sakit, dapat disembuhkan kerana Al-Quran sememangnya pemberi cahaya dan sesiapa yang membacanya di rumah, maka syaitan tidak akan dapat masuk ke dalamnya.

       Sesungguhnya Al-Quran adalah pembawa hidayah dan rahmat bagi kaum mukminin sekelian. Yakinlah bahawa anugerah Allah yang paling terbesar bagi manusia adalah Al-Quran.Mudah-mudahan Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan ahli Al-Quran. Insya-Allah...

           

No comments:

Post a Comment