Sunday, 29 May 2011

HATI YANG BERSATU

Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran : 103 yang bermaksud:
     
     "Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahilliah dahulu) lalu Allah menyatukah  diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahilliah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu disebabkan nikmat Islam juga. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya."

     Begitu indahnya Islam kerana Allah telah menyeru kita untuk bersatu dan mengggalang kekuatan serta tidak berpecah belah sehingga kita menjadi umat yang disegani dan dihormati umat yang lain. 

Sesungguhnya berpegang teguh dengan  kitab Allah dan mengikut petunjuk Rasullallah adalah cara dan jalan untuk mendapatkan kekuatan daripada Allah, Rasullallah SAW bersabda;

     "akan datang satu masa dimana kamu menjadi mangsa bagi umat yang lain dan diperebutkan seperti mana orang yang tengah makan memperebutkan makanannya.  Ditanyakan: apakah kerana kami pada masa itu sangat sedikit, wahai rasulallah,: Baginda menjawab; tidak, bahkan jumlah mu sangat ramai seperti buih dilautan"

     Kemudian Allah mengingatkan kaum mukminin tentang keadaan mereka pada masa sebelum mereka beriman khasnya ahli Makkah di zaman jahilliah. Mereka pada masa itu sangat ramai, namun tiada rasa kasih sayang dan rahmat diantara mereka, satu dengan yang lain saling membenci dan cemburu hati, memberi gelaran yang buruk dan menodai kaum perempuan sebagaimana yang terjadi pada kaum al-Aus dan al-Khazraj sebelum Islam datang.
  
Adapun setelah Islam datang, mereka jadi bersaudara saling tolong menolong, berkasih sayang dan bersatu hati. Islam datang menyelamatkan mereka dari kebodohan perpecahan, kebencian, pembunuhan dan tauhid meyelamatkan mereka dari kekufuran yang akan mnejerumuskan mereka kedalam api nerak. Sesungguhnya ayat di atas adalah menyeru kepada kasih sayang, kekuatan, bersatu hati, dan menginggatkan kita akan nikmat dan anugerah Allah keatas hambanya. 

     Ingatlah bersatu kita dibawah naungan dan syariat Allah akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita ada hari ini, tanpa prajudis dengan orang lain.


       "BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH"




No comments:

Post a Comment