Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 57-58 yang bermaksud:
Wahai! umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beiman . Katakanlah wahai Muhammad kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpahkurnia Allah dan kasih sayangNya maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara ya ng tidak kekal.
Kitab dalam ayat ini adalah untuk sekalian manusia kerana seruan tauhid tidak hanya ditujukan kepada sekelompok manusia atau kepada satu kaum tertentu, akan tetapi dakwah tauhid adalah untuk sekelian manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan tiadalah Kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran ) kepada orang-orang yang ingkar".
Allah mengkhabarkan kepada sekelian manusia untuk bergembira dan berbahagia kerana Allah mengakhiri risalah kenabian dengan Islam dan menutup Nabi-Nabi dengan Nabi Muhammad SAW. Risalah Islam adalah kitab yang terkandung di dalamnya segala kebaikan untuk manusia, iaitu yang menerangkan tentang akidah, syariat, ibadah, muamalah dzn akhlak. Al-Quran adalah petunjuk, cahaya dan penerang yang melapangkan hati dan fikiran.
Rasulullah SAW bersabda:
Barang siapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan Al-Quran dan sesiapa yang menginginkan ahkirat hendaklah denganm Al-Quran dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya, maka hendaklah denga Al-Quran.
Sesungguhnya sesiapa yang ingin dipandang dan mendapatkan pengajaran, semuanya ada di dala Al-Quran kerana Al_Quran adalah Ay-Syifak (ubat) bagi manusia.
Dengan Al-Quran , jiwa yang sesat dapat diluruskan, orang yang hatinya sakit, dapat disembuhkan kerana Al-Quran sememangnya pemberi cahaya dan sesiapa yang membacanya di rumah, maka syaitan tidak akan dapat masuk ke dalamnya.
Sesungguhnya Al-Quran adalah pembawa hidayah dan rahmat bagi kaum mukminin sekelian. Yakinlah bahawa anugerah Allah yang paling terbesar bagi manusia adalah Al-Quran.Mudah-mudahan Allah menjadikan kita termasuk ke dalam golongan ahli Al-Quran. Insya-Allah...
Sunday, 29 May 2011
KEJAHATAN SYAITAN
Fiman Allah SWT dalam surah An-Nas ayat 1-6 bermaksud;
"katakanlah wahai Muhammad: Aku berlindung keapada Allah pemelihara sekelian manusia,(1) yang menguasai sekelian manusia(2) tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia (3) dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tengggelam (4) yang melemparkan bisikan dan hasutannya kedalam hati manusia(5) iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan manusia(6)
Demikianlah surah An-nas, surah yang diperintahkan Allah dan Rasulnya kepada kita untuk berta'awuz dengannya daripada kejahatan syaitan yang terkutuk dan kita juga diperintahkan untuk mengajarkannya kepada keluarga dan anak-anak kita kerana surah ini juga mengandungi barakah dan ubat.
Rasulallah SAW sentiasa membaca surah ini sebelum tidur, yang mana setelah beliau membacanya kemudian dihembus pada tapak tangannya dan di sapu ke muka, kepala dan badan beliau.
Telah sabit menurut satu riwayat, bahawa rasulallah selalu mengubati Hassan dan Hussain dengan Al-ma'uzatain iaitu (surah An-Nas dan Al- Falak) setiap malam dan kemudian mendoakan keberkatan keatas mereka berdua.
Ayat-ayat yang terdapat dalam surah An-Nas mengandungi maksud isti'azah (mohon pelindungan)dan doa kepada Allah, tuhan alam semesta kerana hanya Allah SWT yang menguasai sekelian manusia, ditangannya ditetapkan sekelian perkara dan baginya sekelian urusan dari mula hinggga akhir, Allah adalah pencipta manusia satu-satunya dan sekelian manusia wajib bertawakal dan bersandar kepadanya.
Dalam surah ini Allah telah mengambarkann tentang kejahatan syaitan, bahawa dia adalah pembisik dan penghasut dan manusia harus berta'awuz kepada Allah kerana syaitan menghasut dan membisikkan kejahatan kedalam hati-hati manusia , disamping itu syaitan juga menyalakan kemarahan dan membangkitkan cinta syahwat dihati manusia.
Rasulallah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu mengalir disetiap aliran darah manusia dan syaitan tersebut akan semakin menyempitkan pembuluh darah melalui rasa lapar. oleh itu hendaklah kita berwaspada dan memperbanyakkan membaca surah An-Nas ini agar kita mendapat keberkatan dan kesembuhan."

HATI YANG BERSATU
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran : 103 yang bermaksud:
"Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahilliah dahulu) lalu Allah menyatukah diantara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahilliah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu disebabkan nikmat Islam juga. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya."
Begitu indahnya Islam kerana Allah telah menyeru kita untuk bersatu dan mengggalang kekuatan serta tidak berpecah belah sehingga kita menjadi umat yang disegani dan dihormati umat yang lain.
Sesungguhnya berpegang teguh dengan kitab Allah dan mengikut petunjuk Rasullallah adalah cara dan jalan untuk mendapatkan kekuatan daripada Allah, Rasullallah SAW bersabda;
"akan datang satu masa dimana kamu menjadi mangsa bagi umat yang lain dan diperebutkan seperti mana orang yang tengah makan memperebutkan makanannya. Ditanyakan: apakah kerana kami pada masa itu sangat sedikit, wahai rasulallah,: Baginda menjawab; tidak, bahkan jumlah mu sangat ramai seperti buih dilautan"
Kemudian Allah mengingatkan kaum mukminin tentang keadaan mereka pada masa sebelum mereka beriman khasnya ahli Makkah di zaman jahilliah. Mereka pada masa itu sangat ramai, namun tiada rasa kasih sayang dan rahmat diantara mereka, satu dengan yang lain saling membenci dan cemburu hati, memberi gelaran yang buruk dan menodai kaum perempuan sebagaimana yang terjadi pada kaum al-Aus dan al-Khazraj sebelum Islam datang.
Adapun setelah Islam datang, mereka jadi bersaudara saling tolong menolong, berkasih sayang dan bersatu hati. Islam datang menyelamatkan mereka dari kebodohan perpecahan, kebencian, pembunuhan dan tauhid meyelamatkan mereka dari kekufuran yang akan mnejerumuskan mereka kedalam api nerak. Sesungguhnya ayat di atas adalah menyeru kepada kasih sayang, kekuatan, bersatu hati, dan menginggatkan kita akan nikmat dan anugerah Allah keatas hambanya.
Ingatlah bersatu kita dibawah naungan dan syariat Allah akan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang kita ada hari ini, tanpa prajudis dengan orang lain.
"BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH"
Subscribe to:
Posts (Atom)